Pendaftaran Seminar
Nama Alamat Email H/P No. Tempat Seminar

Testimonial # 1

Published by admin on Monday, April 15, 2013

Kami berumur awal 30-an, telah mendirikan rumah tangga selama 9 tahun dan kini mempunyai tiga orang anak. Semenjak mendirikan rumahtangga kami sangat beringat dalam berbelanja dan tidak mengamalkan konsep berhutang kecuali bagi perkara yang benar-benar perlu seperti kenderaan dan rumah. Selama 5 tahun sebelum berjumpa En Aziz, kami sentiasa mencari sesuatu cara yang meyakinkan untuk menambah simpanan kami bagi menjamin kewangan yang mantap demi untuk memastikan keperluan kewangan kami sentiasa berjalan lancar pada masa-masa diperlukan serta untuk pendidikan anak-anak dan simpanan hari tua kami terjamin terutamanya selepas bersara nanti.

Perkara-perkara ini merupakan matlamat kewangan kami yang utama. Namun setelah beberapa tahun menjana pendapatan, kami masih berasa tidak selamat dari segi kewangan kerana simpanan yang terhad dimana ia adakalanya terpaksa digunakan untuk memenuhi keinginan materialistik atau kerana kenaikan harga barang keperluan/minyak yang menyebabkan perbelanjaan yang telah dirancangkan tersasar. Untuk berbelanja besar, kami terpaksa mengorbankan simpanan yang tidak seberapa adanya.
Orang kata sikit-sikit lama-lama jadi bukit tetapi kalau dari tahap busut pun sudah sukar untuk dikekalkan, apatah lagi untuk sampai ke tahap bukit. Sudah tentu akan mengambil masa yang lama. Dengan izin Allah, pada bulan September 2006, suami saya telah menerima emel dari rakan sepejabat yang memberi maklumat tentang bengkel kewangan yang dianjurkan oleh Azizcfp. Pada mulanya saya agak ragu kerana sebelum ini kami telah pernah mencuba berbagai cara untuk menambah pendapatan dalam bentuk simpanan samada melalui pelaburan (komoditi/ amanah saham/ internet/ produk insuran) atau melalui perniagaan MLM. Namun kesemua cara tersebut tidak memberi hasil seperti yang kami harapkan.

Kami meneliti maklumat yang diwartakan di laman web Azizcfp. Maklumat latar belakang En Aziz Ibrahim sebagai seorang perancang kewangan yang bertauliah merupakan tarikan utama kami untuk pergi mengikuti bengkel yang dianjurkan. `Method’ atau cara yang digunakan oleh En Aziz untuk mencapai matlamat kewangan sangat praktikal tetapi menuntut komitmen yang jitu daripada pelaku/pembuat/klien. Model AJIT sepertimana maksudnya, Amanah, Jujur, Ikhlas dan Telus, menjanjikan penyelesaian masalah hutang dan menyediakan tatacara atau pelan yang teratur bagi sesiapa yang ingin mencapai matlamat kewangan mereka dalam tempoh yang tertentu. Selama setahun lebih mendapatkan khidmat nasihat Encik Aziz (bermula daripada November 2006 sehingga kini), kami telah dapat merealisasikan beberapa matlamat walaupun ada di antaranya adalah di luar jangkaan kami sendiri.

Contohnya seperti dapat menyimpan 40% daripada pendapatan bersih setiap bulan, dapat membawa keluarga bercuti setiap tahun dan memiliki dua buah kenderaan buatan luar negara. Sebelum ini, simpanan kami tidak mencapai pun 10% daripada jumlah pendapatan kami berdua selama sebulan. Apabila kami mula-mula dapat menyimpan sehingga 3 angka, kami seolah-olah tidak percaya akan kemampuan kami tersebut. Ditambah pula dengan kemampuan kami membeli sebuah MPV buatan luar negara selepas hanya tidak kurang daripada 5 bulan kami menyertai program pengurusan kewangan yang disediakan oleh En Aziz, lagi bertambah bersemangat untuk kami meneruskan program ini. Sebelum ini kami hanya berangan sahaja kerana menyedari akan kemampuan kami berdasarkan cara kami menguruskan kewangan sendiri. Syukur di atas rezeki yang Allah berikan, pada akhir tahun 2007, simpanan kami sudah bertambah kepada suatu jumlah yang agak sukar kami fikirkan buat masa sekarang jika kami masih berada pada tahap dulu. Dengan izin Allah, kami yakin matlamat kewangan kami akan tercapai sebelum kami mencapai umur persaraan kami kerana kami berdua komited untuk terus menggunapakai ilmu dan nasihat yang telah diberikan oleh Encik Aziz.

 

Admin area

 
 
 

About Us

  • sekuriti.gif
    Dilesenkan di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai Perancang Kewangan/Penasihat Pelaburan Suruhanjaya Sekuriti No. Lesen : CMSL-1/A0001/2007
  • logo.gif
 
 

Download & Links

  • borang-pff-label.gif
  • peta-pejabat-label.gif
  • peta-lokasi-bengkel-label.gif