Pendaftaran Seminar
Nama Alamat Email H/P No. Tempat Seminar

Testimonial # 1 cont.

Published by admin on Sunday, April 14, 2013

Sebahagian manfaat yang kami perolehi sepanjang mengikuti pelan perancangan kewangan yang disediakan oleh Encik Aziz untuk kami, disini kami ingin berkongsi bersama rakan-rakan baru :

• Kita mesti mempunyai matlamat hidup termasuk matlamat kewangan dan matlamat tersebut perlu direkodkan untuk memudahkan proses pemantauan;
• Kita mesti komited untuk merealisasikan impian kita kerana sememangnya tiada jalan mudah untuk berjaya;
• Memupuk sikap mempercayai antara satu sama lain dikalangan pasangan masing-masing iaitu suami dan isteri dalam memastikan pelan perancangan kewangan berada di landasan yang betul bagi yang ingin mengikutinya;
• Memupuk sikap menghargai usaha yang dilakukan untuk mencapai matlamat pada sesuatu masa. Sememangnya kejayaan yang diperolehi hasil usaha sendiri lebih bermakna;
• Memupuk sikap berjimat-cermat kerana kita akan menjadi lebih peka dengan perbezaan harga barang keperluan serta dapat mengasingkan antara perbelanjaan perlu setiap bulan dengan perbelanjaan yang kurang penting;
• Memupuk sikap Amanah, Jujur, Ikhlas dan Telus dalam diri;
• Menghormati konsep hak yang telah ditandatangani di dalam kontrak pelantikan penasihat perancang kewangan; serta
• Sentiasa berusaha, bersabar, berdoa dan bersyukur akan segala apa yang kita nikmati dan usahakan.

Kesimpulannya, dalam menghadapi cabaran hidup yang lebih materialistik ini, kebanyakan orang berkejar-kejar untuk mendapat kekayaan ala mee segera. Namun, kami percaya bahawa kekayaan dan kesenangan hidup untuk tempoh masa yang panjang sukar untuk dibina dalam tempoh masa yang singkat. Model AJIT boleh mengubah status kehidupan sesiapa yang ingin mempercayai dan yakin dengan keberkesanannya, tetapi dengan syarat ia diuruskan menurut nasihat Encik Aziz sendiri. Kami telah merasai kesenangan kerana rasa percaya dan yakin kepada model AJIT dan kami tidak ragu-ragu untuk menyatakan bahawa ia adalah satu alat yang berkesan untuk mengurus dan merancang kewangan dengan bijak. Kini kami berasa lebih yakin dalam menguruskan perbelanjaan kami seharian serta bertambah bersemangat dalam membuat persediaan kearah matlamat kewangan kami seperti yang telah dinyatakan di atas tadi memandangkan jaminan yang telah dibuktikan melalui program pengurusan kewangan kami yang terancang.

Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada En Aziz dan Kak Lin sekeluarga di atas usaha anda menjalankan memberikan khidmat nasihat ini. Secara tidak langsung, ia telah memberi peluang kepada golongan bumiputera untuk membuktikan bahawa bumiputera juga boleh berada setaraf dengan bangsa lain yang berjaya. Perlu diingatkan, program ini tidak menjadikan anda kaya-raya seperti menjalankan perniagaan contohnya MLM. Cuma ia akan memberikan anda pengetahuan bagaimana cara menguruskan kewangan secara berhemah dan dengan pendapatan kita sekarang kita mampu mencapai matlamat kewangan kita tanpa berhutang.

Seperti kata pepatah, `hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih’. Kepada yang rakan-rakan yang baru mencuba, teruskan usaha serta senantiasa berdoa kepadaNya supaya segala urusan dipermudahkan dan mudah-mudahan matlamat kewangan anda juga akan tercapai, insyallah.

Sekian, wassalam.

Ikhlas dari, MOHD ROSLI SALIM & NORAZLENA MD IDERIS

 
More testimonials

 

Admin area

 
 
 

About Us

  • sekuriti.gif
    Dilesenkan di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai Perancang Kewangan/Penasihat Pelaburan Suruhanjaya Sekuriti No. Lesen : CMSL-1/A0001/2007
  • logo.gif
 
 

Download & Links

  • borang-pff-label.gif
  • peta-pejabat-label.gif
  • peta-lokasi-bengkel-label.gif