Pendaftaran Seminar
Nama Alamat Email H/P No. Tempat Seminar
 

Sunday, August 12, 2012

Kisah & Teladan

Salam sejahtera, pertama sekali ingin saya terangkan di sini bahawa tujuan saya menulis ini adalah untuk dijadikan sebagai tauladan kepada semua pihak. Biar saya kenalkan diri saya sebagai X , saya sudah mempunyai keluarga dan mempunyai 5 orang anak. Mereka semua sudah besar panjang dan menuntut di institusi2 pengajian tinggi bagi melanjutkan pelajaran. Walaupun saya seorang yang bekerja manakala isteri pulak surirumah sepenuh masa tetapi pendapatan bulanan saya hanya cukup-cukup buat menyara keperluan anak-anak dan membayar hutang-hutang yang perlu dibayar. Kedua-dua rumah kos rendah yang saya ada, saya sewakan dan saya perlu membayar dua buah kereta biasa pada setiap bulan. Saya sendiri menyewa di sebuah rumah kos rendah.

Dengan isteri yang memang seorang suri rumah tangga, masalah saya mula timbul apabila kilang tempat saya bekerja mula membawa masalah(jawatan saya jurutera). Kad2 kredit saya bayar ikut suka hati saya sehingga sampai satu tahap kewangan saya jadi berterabur akibat perbuatan saya yang ikut suka hati. Sehingga,pada suatu hari, seorang kawan saya memperkenalkan mengenai satu program perancangan kewangan di bawah azizcfp. Memang pada mulanya bila pertama kali mendengar saya ingatkan program itu adalah skim cepat kaya ataupun MLM(yang memang saya gerun). Setelah menghadiri seminar, baru saya sedar mengenai pengurusan kewangan. Masa itu adalah selepas raya tahun 2008.

Sungguhpun dalam hati masih merasa curiga dan was-was mengenai program azizcfp tetapi saya bertekad untuk mengeluarkan diri dan keluarga daripada masalah kewangan yang tak putus2. Secara ringkas yang boleh saya terangkan setelah menyertai program azizcfp adalah, kesemua hutang kad kredit saya telah pun dibayar penuh. Dalam tempoh setahun, saya dalam proses membeli rumah teres yang berharga RM 400k++ ketika itu. Pada masa itu nilai RM400k boleh dikatakan agak mahal. Proses pembelian rumah ini ada syarat2nya. Sepanjang hidup saya, saya hanya ingat yang keluarga saya akan hanya menetap di flat sampai bila-bila tapi bila saya mempunyai peluang utk membeli rumah teres, perasaannya hanya tuhan yang tahu. Bila rumah yang saya cari menetapi syarat yang di tetapkan oleh pihak azizcfp, saya beli bukan satu tapi dua terus!! Satu rumah teres dan satu lagi rumah apartment utk disewakan. Sepanjang pengalaman saya menjadi klien azizcfp, ada satu perkara yang sangat penting perlu difahami, iaitu IKUT PLAN. Ramai orang berpendapat kalau setakat ada back-up saving dan beberapa bulan mengikut mekanisme model AJIT, mereka dah pandai. Bagi saya, saya tak mampu untuk memikirkan pengolahan idea itu dan tak larat untuk jadi kreatif. Malang tidak berbau, saya terpaksa berhenti kerja. Masa itu hanya tuhan sahaja yang tahu pening kepala saya dibuatnya. Mana rumah lagi nak bayar, kereta lagi. Jadi, atas nasihat pihak azizcfp, saya guna saving yang dah dikumpul utk bayar penuh hutang kereta dan guna sikit utk survive tiap2 bulan. Pada masa itu saya telah pun ada 4 buah rumah. 3 daripadanya disewakan. Jadi kurang sikit pening kepala. Masuk tahun 2011, saya dapat kerja, masa itu leganya hati saya hanya tuhan juga yang mengetahuinya. Perancangan baru perlu dilakukan kerana hasil saving asb pelan lama saya dahpun digunakan utk survive. Jadi, mula lah balik merangkak2 utk saving bulanan berdikit2. Tempoh masa ini lah yang agak lama sebenarnya. Ramai orang tak mampu untuk menunggu dan bersabar. Plan yang ada bukanlah sesuatu yang mirip seperti produk yang ada di pasaran. Ia adalah plan yang merancang perjalanan kewangan kita setiap bulan. Jadi, ia mengambil masa. Sebab itulah kita kena melawan masa. Masuk tahun 2012, saving yang ada sikit demi sedikit meningkat naik. Walaupun tak lah banyak namun jumlahnya cukup untuk membolehkan saya berpuas hati. Kini, saya masih lagi menjadi klien dibawah pihak azizcfp, dalam proses untuk menjual salah satu rumah sewa yang ada dan mencari rumah baru. Rumah yang utk saya duduk bagi menggantikan rumah teres yang saya beli pada tahun 2009. Apa yang boleh saya perkatakan disini adalah dalam merancang kewangan kita, harus banyak bersabar dan ikut seperti mana yang dirancang. Itu dikira sebagai usaha. Ramai kawan2 cakap buat apa kau nak jadi klien lagi, takkan kau tak faham2 lagi macam mana nak buat. Internet kan ada, banyak je ruang yang kau boleh cari ilmu itu. Saya pekakkan telinga sebab masa saya takde kerja, hidup susah, orang2 yang banyak mulut tu takde pun nak membantu. Menjadi klien azizcfp membuatkan saya faham yang perlunya perancangan kewangan bagi menyiapkan diri kita dalam menempuh keadaan yang tak diingini. Saya belajar apa makna pelaburan hartanah dalam erti kata yang sebenar. Bukan nya teori yang kita baca melalui majalah atau internet semata2. Setelah hampir 4 tahun menjadi klien pihak azizcfp(kini dah masuk CMS ke9), apa yang saya ada sekarang saya tak mungkin akan dapat saya buat sendiri. Dari seorang jurutera(nama jawatan glamour je lebih.hehe) yang menyewa di flat, sehinggalah dapat membeli 2 buah rumah, kereta baru(Honda CRV) dan sekarang ni dalam proses menjual rumah dan mencari rumah baru. Perubahan hidup itu lah yang membuatkan saya sedar tiada satu pun di dunia ni yang mudah. Tiada gunanya jika kita meminta nasihat dari satu pihak tapi kita nak buat ikut cara sendiri dan tak mengikut nasihat yang disarankan. Jangan terlalu gopoh dalam membuat satu keputusan. Minta pandangan pihak ketiga dan rasionalkan pandangan tersebut. Semoga Allah permudahkan urusan saya seterusnya dalam melaksanakan apa yang dirancang. Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan segalanya.
Sekian.

  1. insan sedar

    Monday, October 22, 2012 - 23:35:53

    Salam sejahtera untuk semua. sy adalah salah seorang pelanggan En Aziz.Sy dan suami tersayang terpaksa drive dr.awal pagi kerana perjalanan mengambil masa 9 jam utk sampai ke destinasi. Itu kami tak kisah kerana program AJIT sangat berkesan dan byk mengubah masa depan. Kami sudah bebas dr hutang tapi tabung ASB semakin meningkat.Selama ini kami bekerja selama 20 + tahun tapi susah untuk menyimpan apalagi nak kumpul dana. Perjumpaan yg lepas sy dinasihatkan tak perlu pinjam PTPTN utk anak kerana mampu. Terkejut juga rasa hati. Lepas tu dia tanya nak melancung atau beli umah baru? Sy tanya bolehkah? Maksudnya memang boleh. Betul-betul hebat. Kita baca banyak buku tentang pengurusan kewangan tapi plan ini lagi hebat. Jangan bertangguh buka minda ,ayuh join us. terima kasih sharing is caring.

 

Admin area

 
 
 

About Us

  • sekuriti.gif
    Dilesenkan di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai Perancang Kewangan/Penasihat Pelaburan Suruhanjaya Sekuriti No. Lesen : CMSL-1/A0001/2007
  • logo.gif
 
 

Download & Links

  • borang-pff-label.gif
  • peta-pejabat-label.gif
  • peta-lokasi-bengkel-label.gif