azizcfpx.com

Matlamat Anda Hala Tuju Kita
It is currently 23 Jul 2018, 11:39

All times are UTC + 8 hours




Post new topic Reply to topic  [ 19 posts ]  Go to page Previous  1, 2
Author Message
 Post subject: Re: KADAR BLR NAIK
PostPosted: 16 Jul 2010, 00:08 
Offline
Site Admin

Joined: 10 Mar 2008, 00:37
Posts: 167
Salam Bob dan Semua,

Tersentuh juga saya utk mengukir bab BLR naik dan terus naik ni. Jadi sekarang BLR 6.3%, tapi harus diingatkan bahawa OPR hanyalah 2.75%(kos bank dapat). Dengan lain perkataan 3.55% pihak bank dah sapu. Ini merupakan antara kos "overhead" bank yg tertinggi di dunia. Dengan lain perkataan bank2 di Malaysia "untung gila" atau sangat2 inefficient. Sebab tu le semua bank dlm dunia ni kalau boleh nak masuk Malaya. Tapi nak buat macamana, tak ada org nak bising, ramai politician di Malaysia bab banking senyap sebabnya simple, dia org tak tahu. Lagipun kalau bising kan, kena blacklist pulak, susah dapat loan. Sekarang ni pun kalau dengar aje nama politician banyak bank lari. Kecuali bank2 berkait dgn parti politik. Last sekali rakyat kena tanggung.

Tapi untuk kita(personal), kenaikan BLR sebenarnya tak le seteruk mana. Kalau dibandingkan dgn beberapa negara jiran, interest rate dia org lagi teruk. Malaya kira boleh tahan juga. Sebab itu juga sekarang kita boleh guna Platfom baru tanpa faedah langsung. Tiada risiko kewangan langsung. Ekonomi merudum kita ok, kalau naik, kira bonus le. Kenaikan BLR bermakna juga kerajaan mahukan kita semua lebih menyimpan. Ini juga tanda2 awal ekonomi menuju ke selatan(menurun). Lebih2 lagi Eropah dijangkakan dilanda defisit berganda, dia org sakit perut, baunya sampai kat kita juga. Eloklah kita berjaga-jaga drpd sekarang. Simpan giler, hutang clear. Kepada Bob dan semua yg sedang mengharungi Model AJIT, anda berada di landasan yg segar. Ekonomi ok kita semua ok, ekonomi merudum kita lagi ok. Masa tu, IS THE TIME TO PLAY GAME. Ingat pepatah org tua2, berakit2 ke hulu, berenang2 ke tepian, bersakit2 dahulu, bersenang2 kemudian.

aziz cfp


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: KADAR BLR NAIK
PostPosted: 18 Jul 2010, 03:59 
Offline

Joined: 05 Sep 2009, 06:06
Posts: 16
Assalamualaikum...

Terima Kasih En Aziz, Input yang bermakna bagi kami.

:)
Dd Aini,
http://bijakuruswang.blogspot.com/


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: KADAR BLR NAIK
PostPosted: 26 Jul 2010, 12:37 
Offline

Joined: 13 May 2010, 22:47
Posts: 13
Location: Shah Alam - Kerteh
Alhamdulillah saya yang baru sahaja pulang dari Tanah Suci, pada mulanya unaware kenaikan BLR.berita yang saya dapat cuma minyak naik 5sen.Semalam sewaktu bankin duit ke RHB baru nampak ada revision of BLR 6.3%. Setelah En Aziz berikan penjelasan,lega saya.
Alhamdulillah sekali lagi,program AJIT saya sudah masuk bulan ke3,semuanya berjalan lancar.cukup 30hb je tersenyum :-D ,selepas ni menunggu Queue nombor utk CMS1 pulak.
Agaknye lepas raya la pulak kot. 8-)


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: KADAR BLR NAIK
PostPosted: 29 Jul 2010, 20:14 
Offline

Joined: 11 Jul 2009, 21:44
Posts: 136
salam

BLR akan naik dan naik lagi...masalah juga..klu dividen ASB tak boleh beat BLR maka rugi jer kita yg main OD nie


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: KADAR BLR NAIK
PostPosted: 08 Aug 2010, 12:28 
Offline

Joined: 26 Oct 2009, 12:30
Posts: 7
saya dah terasa naik BLR.... bayaran HSBC rumah naik sebanyak RM62 dari RM658 ke RM720 monthly..... tension... memang bergantung pada perancangan EN Azizi sekarang untuk manage akaun....


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: KADAR BLR NAIK
PostPosted: 16 May 2011, 18:13 
Offline

Joined: 26 Feb 2010, 23:28
Posts: 23
Salam semua. Rasa sepi gak forum nie, tak serancak sebelumnya. Mungkin semuanya sedang mengira duit saving masing2. Sekali lagi kita dikejutkan dengan kenaikan BLR sebanyak 0.30%. So BLR terkini adalah 6.60% bermula 13 Mei 2011. Mohon komen rakan2 diluar ataupun En Aziz sendiri berkaitan dengan kadar baru ini. Rasanya sejak joint program AJIT nie, ia merupakan kadar yang paling tinggi pernah saya hadapi (sebelum nie tak pernah ambil tahu pun kadar BLR, main bayar ajer). OD RHB BLR-1%. Adakah masih berbaloi?


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: KADAR BLR NAIK
PostPosted: 17 May 2011, 08:41 
Offline
Site Admin

Joined: 10 Mar 2008, 00:37
Posts: 167
Salam Semua,

Saya setuju dengan pendapat Khairulnizamali mengenai kenaikan BLR yg tertinggi setakat ini. Pada dasarnya kenaikan ini akan menggusarkan kita khususnya yg menggunakan OD ataupun pinjaman perumahan. Bagaimanapun kenaikan ini ada baiknya juga bagi mengelakkan "overheating" dan inflasi dalam ekonomi Malaysia sekarang ini. Apa tidaknya, terlalu banyak kenaikan harga benda2 asas seperti barangan keperluan harian sehingga harga rumah jugak. Pemaju2 perumahan sesuka hati mereka menaikkan harga jualan rumah sehingga banyak kawasan perumahan sekarang ini di luar kemampuan ramai rakyat Malaysia. Yang nyata kenaikan barangan asas ini adalah memang dijangkakan dan kemungkinan besar akan terus meningkat. Kenaikan "monetary control" ini juga membayangkan akan berlaku lagi kenaikan barangan asas lain khususnya MINYAK! Buat kita yg sedang dan akan merancang kewangan menerusi program Model AJIT, kita agak terlindung. Kenapa tidak? Ini kerana kita juga mempunyai "monetary control" sendiri jika berlaku kenaikan mendadak. Kita punyai pilihan BELANJA atau SIMPANAN jika ianya benar2 memerlukan kenaikan. Bayangkan lain2 orang di luar sana yg tiada perancangan kewangan yg teratur? Mana nak cari wang utk kehidupan seharian? Akibat daripada musibah ini boleh memudaratkan banyak keluarga dan akhirnya memberi kesan negatif kpd negara.

Klien aziz cfp sebenarnya agak selesa, sungguhpun dgn kenaikan kadar BLR maupun inflasi. Tindakan awal kita dgn mengurangkan hutang secara drastik atau menukarkannya kpd PL(dengan kadar tetap) si samping menyiapkan platfom akan membantu ke arah penstabilan kewangan personal. Benar, dgn pembiayaan semula rumah akan menukarkan sistem faedah drpd kadar tetap kpd variable, tetapi dgn kenaikan kadar faedah akan juga secara otomatik menaikkan harga rumah. Di samping itu juga "proceeds" drpd refinance banyak membantu kita menyelesaikan masalah2 hutang yg lain ataupun dijadikan simpanan dlm ASB.

Akhir kata, kepada semua klien2 aziz cfp, jangan bimbang, ikutilah program degan teliti dan penuh disiplin. Sit back and watch. You'll enjoy the fruits of hard work and sacrifices. Kerana kita sangat bernasib baik.

aziz cfp


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: KADAR BLR NAIK
PostPosted: 17 May 2011, 19:35 
Offline

Joined: 26 Feb 2010, 23:28
Posts: 23
Alhamdulillah....... sekurang2nya pendapat yang diberikan oleh En Aziz dalam mengikis kebimbangan di dalam menghadapi keadaan ekonomi semasa. Ia merupakan kata2 semangat yang harus direnungkan bersama. Kepada client2 En Aziz diluar sana, sesungguhnya kita sangat beruntung kerana kita beringat lebih awal. Cuma harapan kita agar saudara2, kekawan kita yang masih dibuai kesenangan tanpa pelan backup yang kukuh agar terus sedar. Tunjukkan kepada mereka bahawa mereka harus melakukan perkara yang sama seperti yang kita sedang jalani sekarang (model AJIT).
Dengan kadar BLR yang tinggi dan harga rumah yang tak masuk akal (pendapat sayalah), adakah sekarang masa yang sesuai untuk membuat pelaburan dalam bidang hartanah? Kerana pada CMS1 saya mendapat peluang membeli kediaman kedua mengikut model AJIT. Namun melihat peningkatan harga rumah yang mendadak dan dalam masa yang sama kedudukan syarikat tempat yang tidak menentu, saya mengambil keputusan menangguhkan sementara pembelian tersebut semasa proses CMS2 baru2 ini. Mungkin sahabat2 diluar sana yang pernah menghadapi perkara yang sama ada penyelesaian. Komen anda amat membantu komuniti ini agar terus berilmu.


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: KADAR BLR NAIK
PostPosted: 18 May 2011, 01:37 
Offline

Joined: 05 Sep 2009, 06:06
Posts: 16
Salam,

Situasi sekarang tunggu dan lihat perkembangan semasa. Dalam masa yang sama, keep saving sampai maximum dengan disiplin & cermat berbelanja. Kawal sifat nafsu dan tamak.

Dari,
Dd Aini
http://bijakuruswang.blogspot.com/


Top
 Profile  
 
Display posts from previous:  Sort by  
Post new topic Reply to topic  [ 19 posts ]  Go to page Previous  1, 2

All times are UTC + 8 hours


Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 2 guests


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot post attachments in this forum

Search for:
Jump to:  
cron
Powered by phpBB © 2000, 2002, 2005, 2007 phpBB Group