azizcfpx.com

Matlamat Anda Hala Tuju Kita
It is currently 21 Aug 2019, 16:04

All times are UTC + 8 hours




Post new topic Reply to topic  [ 25 posts ]  Go to page 1, 2, 3  Next
Author Message
 Post subject: Re: Pertanyaan kewangan anda
PostPosted: 14 Mar 2008, 05:04 
Offline
Site Admin

Joined: 10 Mar 2008, 00:37
Posts: 167
Salam Roshidah,

Public Mutual BUKAN SUATU SIMPANAN. Ia merupakan satu bentuk pelaburan dalam saham amanah. Jika Sdri beli harini dan berhasrat mendapatkan balik duit Sdri(samada untung atau rugi) ia memerlukan "tempoh bertenang" selama 2 minggu. Dengan lain perkataan, bukan seperti ASB masuk harini, sebentar lagi boleh dikeluarkan kesemuanya, sdri perlu menunggu 2 minggu sebelum mendapat CEK hasil penjualan saham amanah Public Mutual sdri. Selain drpd itu ASB adalah suatu produk saham amanah yang digerenti modalnya tak kurang RM1.00(dollar to dollar). Manakala Public Mutual pula tidak menjanjikan apa2, dengan kata lain, ianya akan turun-naik. Yang pasti sebaik Sdri membeli Public Mutual, Sdri akan kehilangan modal tak kurang RM0.05(5 sen) akibat "fee" belian.

Selain drpd "entrance" fee, ada juga fee yg lain yg dikenakan ke atas para pelabur. Antaranya adalah "maintenance fee", "management fee" dan "exit fee". Jumlahnya bergantung kepada "fund" yang berkenaan. Pelaburan saham amanah termasuk Public Mutual banyak berkait kepada pasaran saham, bergantung kepada jenis bentuk pelaburan sesebuah "fund", ada juga "fund" yg menfokuskan pasaran saham luar negara. Pelaburan saham amanah ada risiko. Rata-rata unit saham amanah Public Mutual memberi pulangan kurang drpd 8%(lapan peratus). Suatu ketika dulu ramai yg menjerit dan terkedu kerana banyak pelaburan EPF mereka yg dilaburkan di unit amanah hilang nilai. Mana tidaknya harga belian RM1.00 ada di antara saham amanah sekarang ini harganya cuma RM0.10(10 sen).

Satu perkara yg pasti adalah hanya "egen" jualan saham amanah ini yang untung. Kenapa tidak, minimum komisen terhadap penjualan saham amanah adalah 2.5%-4.5%, jika lebih tinggi taraf seseorang itu, tinggi lagi komisennya. Secara peribadi Aziz CFP tidak menggalakkan pembelian saham amanah kecuali Amanah Saham Bumiputera(ASB). Ini adalah kerana ASB dijamin kerajaan (capital gerenti, dollar to dollar) dan pulangannya sudah lebih 25 tahun beroperasi tidak kurang 8% kepada berjuta2 pelabur2 bumiputera. ASB adalah antara pelaburan/simpanan yang terbaik di dunia. Tiada sepertinya di mana2 pun di dunia ini. Malangnya ramai juga "perancang kewangan" yang menyuruh kekawan membelinya sungguhpun mengetahui cashflow individu berkenaan hanya cukup2 makan tanpa simpanan yang sepatutnya. Sehubungan dengan itu Puan/Cik Roshidah, tepuk dada tanya selera.

Aziz CFP


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: Pertanyaan kewangan anda
PostPosted: 14 Mar 2008, 17:24 
Offline
Site Admin

Joined: 10 Mar 2008, 00:37
Posts: 167
Salam Fahmi,

Insyaallah Bengkel di Putrajaya pada 5 April nanti akan diadakan di Lake Club, Presint 8, Putrajaya sepertimana yg telah ditetapka. Cara pendaftarannya adalah terus hantar email ke http://www.azizcfpx@yahoo.com. Bersabit dgn ramai yg putus tengah jalan, BENAR. Sdra Helmi boleh baca catatan saya dlm Sembang2 berkenaan perkara ini. Sememangnya sesiapa pun yg akan melalui proses Model AJIT akan menghadapi 3 risiko utama iaitu MASA, NAFSU dan TAMAK. Mereka yg telah menghabiskan 5 kali pertemuan dan telah memaluinya sekurang2 8 bulan, TIADA YG GAGAL.

Ada seorang klien saya di Kuantan, bekerja sebagai technician, gaji bersih RM1,560, utk tambah pendapatannya suami-isteri beranak 1 itu menjual "kelapa muda jelly" di pasar2 malam pada hujung minggu dengan mendapat pendapatan tambahan RM700 sebulan. Mereka berhasrat memiliki sebuah rumah. Sebelum menjadi klien Aziz CFP, seluruh Kuantan dicari mereka housing loan bertujuan membiayai rumah impian mereka. Semua bank di Kuantan hanya membenarkan pinjaman tidak lebih RM60k buat mereka memandangkan pendapatan mereka yang sedemikian. Bagaimanapun niat mereka tidak terdapam begitu sahaja. Pada hahikatnya hidup mereka tidak susah tapi tak senang.

Kini selepas 8(lapan) bulan menjadi klien Aziz CFP, selepas 5 kali pertemuan, pasangan tersebut TELAH memiliki sebuah rumah di Indera Mahkota, Kuantan berharga RM189k. Mereka mendapat pembiayaan Bank sebanyak RM184,500. SIMPANAN mereka RM30K TIDAK TERMASUK 2 OD dan pada pertemuan kali terakhir, kita dalam perancangan buat pasangan itu membeli sebuah kereta BMW 3-serie.

Itu adalah satu drpd cerita2 mereka yg benar2 tekun dan berdisiplin mengharungi proses merancang kewangan personal. Tiada yg mustahil. Jika seseorang itu sanggup melawan masa, nafsu dan perasaan tamak, Insyaallah impian itu tiada mustahilnya. Pokoknya tetapkan fikiran, berdoa dan "matlamat anda halatuju kia". Bukan senang nak senang tapi senang nak susah.

Aziz CFP


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: Pertanyaan kewangan anda
PostPosted: 14 Mar 2008, 20:57 
Offline
Site Admin

Joined: 10 Mar 2008, 00:37
Posts: 167
Salam Fahmi,

Yuran Bengkel KL/Putrajaya adalah RM80 seorang manakala lain2 tempat di semenanjung RM100 seorang manakala di Sarawak/Sabah pula ialah RM150 seorang. Semua orang boleh menghadiri Bengkel tidak kira bangsanya. Manakala buat sesi konsultansinya pula yurannya pula adalah berperingkat(staggered). Setiap pertemuan sebanyak 5 kali(sehingga lima pertemuan wajib), pertemuan ke6 dan seterusnya sehingga kini adalah percuma. Segala yuran yang dikenakan adalah sekali(one-off). Maklumat terperinci yuran akan dimaklumkan pada setiap kali Bengkel kerana kemungkinan ada "promosi" dan ianya adalah maklumat rasmi seseorang profesional. Ianya mungkin akan diubah dari masa ke semasa bergantung kepada keperluannya.

Aziz CFP


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: Pertanyaan kewangan anda
PostPosted: 14 Apr 2008, 00:22 
Offline
Site Admin

Joined: 10 Mar 2008, 00:37
Posts: 167
Salam Sham,

Sememangnya pada mereka yg menghadapi masalah CCRIS dan CTOS terlebih dahulu diberitahu mengenai penyiapan platfom dan "supplement" samada menerusi teknik2 tertentu ataupun menggunakan "3rd party" selain drpd menyelesaikan masalah tersebut terlebih dahulu. Adalah "kurang wajar" sekiranya saya membenarkan mereka yg "bermasalah" menghadiri sesi konsultansi dan terpaksa membayar fee yg telah ditetapkan tetapi gagal mendapatkan "tools" yg diperlukan. Sungguhpun begitu masih ada juga yg diberi kesempatan sesi konsultansi setelah mereka benar2 mahu menyelesaikan masalah mereka di waktu itu dgn bersedia menyediakan "tools" yg diperlukan dan tahu akan akibatnya. Ada yg berjaya dan ada yg masih mencuba. Sehubungan dgn itu, Sdra Sham diingatkan agar jangan berputus asa dan teruskan usaha meneyediakan "tools" yg diperlukan. Sekiranya masih gagal mendapatkan kesemua tools berkenaan tetapi ada "tools" yg tertentu ianya mungkin boleh sekurang2nya membenarkan Sdra bergerak pasti saya juga akan cuba membantu. Pokoknya usaha dan tekad Sdra itu yg yg diharap dan dinilai kesungguhannya. Saya hanya membantu dan utk kebanyakan, saya juga adalah sebahagian drpd "tools" yg digunakan utk menyelesaikan masalah mereka.

aziz cfp


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: Pertanyaan kewangan anda
PostPosted: 16 Apr 2008, 21:02 
Offline
Site Admin

Joined: 10 Mar 2008, 00:37
Posts: 167
Salam SoG,

Jika itu yg Sdra ada RM15k, kita boleh CUBA dgn hanya platfom sebanyak itu. Jika perlu ditambah kemudian nanti kita akan lakukan. Pokoknya elok pelan Sdra itu dilaksanakan a.s.a.p. Sementara itu utk "supplement" pula, Sdra dan Isteri MESTI cuba dapatkan kesemuanya kerana selagi ada "credit limit" tools tersebut, selagi itu simpanan Sdra maxima. Ingat akan tujuan tahap1, jika boleh; 1. minimised debt/hapuskan terus, 2. maximum simpanan dan 3. Positif cashflow. Jangan cepat putus asa.

aziz cfp


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: Pertanyaan kewangan anda
PostPosted: 08 Nov 2008, 20:02 
Offline

Joined: 08 Nov 2008, 16:22
Posts: 1
Salamz En. Aziz,

Sy amat berminat untuk menyertai bengkel yg dikendalikan oleh En. tapi still masih tidak berkesempatan kerana urusan kerja (oversea base). Sy berharap dapat menjana pendapatan pasif daripada wang simpanan ASB dan dr milikan sebidang tanah disamping untuk future house & kereta.
Adakah sy perlu untuk menghadiri bengkel yang dianjurkan En. untuk mendapat khidmat nasihat? (Couln't go because of work constrain atm)
Berapa lama tempoh menunggu untuk consultation? (akan sedaya upaya untuk schedule balik ke Malaysia untuk memenuhi appointment)
Berapa lama tempoh antara consultation seterusnya? (secara lazim or purata)
Apakah basic minima untuk melangsungkan program A.J.I.T? (ie; insurans atau ada apa2 perlindungan yang diperlukan-yg perlu diadakan b4 consultation)
Harap sy dapat start asap agar tidak ketinggalan.

Terima Kasih
Wazir


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: Pertanyaan kewangan anda
PostPosted: 05 Apr 2009, 20:17 
Offline

Joined: 31 Aug 2008, 23:10
Posts: 3
salam. en Aziz...

saya n wife telah hadir ke bengkel bebas hutang pd bln Nov 2008 n betul2 berminat untuk mengikuti model AJIT.persoalan saya adalah:

1)bagaimana saya nk berikn borang PFF yg baru kerana cash flow saya telah banyak berubah dari PFF form yg kami berikan pd sesi akhir bengkel tersebut.

2)mengikut syarat yg telah ditetapkan oleh pihak bank untuk menggunakan gaji tahunan RM16k di perlukan untuk dftr kad kredit,adakah cara yg lain utk kami?

sekian terima kasih
ABDUL HAKAM KAMARUZAMAN


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: Pertanyaan kewangan anda
PostPosted: 19 Apr 2009, 13:41 
Offline

Joined: 31 Aug 2008, 23:10
Posts: 3
hakamkaya wrote:
salam. en Aziz...

saya n wife telah hadir ke bengkel bebas hutang pd bln Nov 2008 n betul2 berminat untuk mengikuti model AJIT.persoalan saya adalah:

1)bagaimana saya nk berikn borang PFF yg baru kerana cash flow saya telah banyak berubah dari PFF form yg kami berikan pd sesi akhir bengkel tersebut.

2)mengikut syarat yg telah ditetapkan oleh pihak bank untuk menggunakan gaji tahunan RM16k di perlukan untuk dftr kad kredit,adakah cara yg lain utk kami?

sekian terima kasih
ABDUL HAKAM KAMARUZAMAN


erm. :?: :?: :?: :?:


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: Pertanyaan kewangan anda
PostPosted: 19 Apr 2010, 21:52 
Offline

Joined: 14 Jul 2009, 22:14
Posts: 9
salam en aziz....

Saya nak tanya bertanya tentang perancangan kewangan saya. .Saya dah melalui OD appointment .Semasa OD appointment tersebut saya diberikan plan model ajit selama 4 bulan (berakhir april). Jika saya lambat dapat jumpa untuk CMS1 ,apa yang saya perlu lakukan ye..
amik cash advance sama spt bulan sebelumnya xde saving atau
x amik cash advance xde saving

just nak confirm perlu ambik cash advance ataupun tidak...diharap en aziz dpt membantu.
Tima kasih.....


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: Pertanyaan kewangan anda
PostPosted: 20 Apr 2010, 08:57 
Offline

Joined: 16 Mar 2009, 11:54
Posts: 23
salammmm.....
nak senang.....

kalau ikut pengalaman saya.....cash advance xyah ambil n simpanan pun x perlu buat sebelum jumpa
dgn en Aziz....

cuma ambil blanja bulanan dan bayar kad kreadit sama macam aprilll...

:lol: :lol:


Top
 Profile  
 
Display posts from previous:  Sort by  
Post new topic Reply to topic  [ 25 posts ]  Go to page 1, 2, 3  Next

All times are UTC + 8 hours


Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot post attachments in this forum

Search for:
Jump to:  
cron
Powered by phpBB © 2000, 2002, 2005, 2007 phpBB Group