admin wrote:
Salam Nik,
JANGAN BELI. Ada 3 syarat kita utk pembelian rumah itu. Kalau tak dapat kita tunggu atau cari yg lain. Tapi MESTI ikut syarat kita. Harga semasa boleh kita tahu menerusi pihak Bank atau advertisement di suratkhabar. Dalam keadaan ekonomi semasa, market agak "soft" dan berpihak kpd pembeli. So don't worry and be happy. Ingat, risiko utama kita adalah masa, nafsu dan perasaan(tamak).
aziz cfp
Salam En Aziz,
latest update yang saya dapat, rumah harga RM380K tapi dapat diskaun promotion - 7% + diskaun bumiputra - 5%
maknanya diskaun saya dapat 12%, harga rumah saya dapat dalam RM339K~ selepas diskaun.
Patutnya tak perlu downpayment 10% sebab dah di cover dengan 7% + 5% diskaun tapi katanya oleh kerana syarat kena letak deposit jugak so company dia mintak 5K (instead of RM38K) as downpayment/booking dan selepas loan dah approve nanti bole reimburse balik balance 2% selepas tolak 10% + RM5k deposit kita tu balik.
dia suggest loan dengan ocbc sebab katanya setakat ni ocbc yang bagi best rates : "BLR-2.1%" berbanding CIMB : "BLR-1.9%". Dari segi features pun hampir sama macam CIMB homeflexi dimana kita bole bayar lebih untuk kurangkan interest dan boleh keluarkan balik extra payment yang kita buat.
kemudian, ocbc sanggup bagi loan tenure maximum sampai 40 tahun bagi mereka yang ada degree. Bulanan RM1500++ untuk loan tenure selama 30 tahun. Kalau 40 tahun sepatutnya lagi kurang la kalau ikut logik. Pakej developer pun siap free moving cost.
tapi semua ni tak kira dengan MRTA lagi ... nanti saya dapatkan info ni.
minta pendapat En Aziz dan ada tak apa-apa info yang saya perlu dapatkan lagi ?
thank you ...